BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Monday, December 19, 2011

Malam MATRADE 2011

Persembahan Angklung dari Kump Pendeta
Malam MATRADE 2011
9 Disember 2011
Dewan MATRADE, Jalan Duta





Terima kasih kepada Kelab MATRADE kerana telah menjemput SuWaRa Entertainment untuk mengadakan persembahan di Malam MATRADE 2011..

SuWaRa - Suara Warisan Rakyat

"Memartabatkan Seni Budaya Negara"

Friday, December 02, 2011

Upcoming Events

22 November 2011
8 pagi hingga 10 pagi
Angklung Solo Performance
LIVE @Nasi Lemak Kopi O, TV9
Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama



9 Disember 2011
7.30 malam hingga 11.30 malam
SuWaRa Angklung Group Performance
Malam MATRADE 2011
Dewan MATRADE, Menara MATRADE




18 Disember 2011
9 pagi hingga 2 petang
SuWaRa Angklung Group Performance
ACT Got Talent Finale


22 Disember 2011
10 pagi hingga 2 petang
SuWaRa  Angklung Group Performance
Charity Program 'Back to School' by Ambank Group
Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, KL

SuWaRa - Suara Warisan Rakyat
"Memartabatkan Seni Budaya Negara"

Monday, November 21, 2011

Persembahan dan Temuramah Secara LIVE di TV9

Assalammu'alaikum WBT..

Pada 20 November 2011 yang lalu, SuWaRa Entertainment telah diundang bagi mengadakan persembahan dan temuramah secara LIVE dlm rancangan Nasi Lemak Kopi O..program anjuran TV9 tersebut telah diadakan seawal jam 8 pagi hingga 10 pagi..





Hos NLKO ~ AG, Fizo dan Luq



Adik-adik Idola Kecil 4

Closing ~ nyanyian dari Adik-adik Idola Kecil 4...
Alhamdulillah...ini merupakan pengalaman yg sgt menarik sungguhpun sebelum ini kami pernah mengadakan persembahan secara LIVE menerusi TV1 (Selamat Pagi Malaysia) pada tahun 2009, TV3 (Malaysia Hari Ini) pada tahun 2010, TV9 (Nasi Lemak Kopi O) pada tahun 2009 dan 2011 dan juga ASTRO Awani pada tahun 2009...

Sejajar dengan matlamat SuWaRa Entertainment iaitu "Memartabatkan Seni Budaya Negara" , kami ingin mengetengahkan muzik tradisional kepada generasi baru agar seni budaya kita tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Saturday, November 19, 2011

Bersiaran Secara Live


SuWaRa Entertainment akan bersiaran secara langsung utk persembahan Angklung Solo dlm rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada esok 20 Nov jam 8 hingga 10 pagi..

Semoga anda terhibur..

Terima kasih..

SuWaRa Entertainment

Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 18, 2011

:: PERSEMBAHAN ANGKLUNG BERKUMPULAN ::

Assalammu'alaikum WBT...buat pengetahuan semua, kami telah mendapat jemputan bagi mengadakan persembahan Angklung Berkumpulan di Malam MATRADE 2011 pada 9 Disember 2011 di Dewan MATRADE, Menara MATRADE, Jalan Duta..semoga semuanya akan sukses dan semoga tetamu yang hadir akan terhibur dengan persembahan kami...


Selain daripada persembahan Angklung Berkumpulan, terdapat juga persembahan live band dari The Rimba Band..ada yg kata band ni best..kita tunggu dan lihat..Terdapat juga penampilan istimewa dari geng Raja Lawak/Maharaja Lawak, Nabil dan Angah..aduh, lagi la tak sabar kami nak jumpa mereka secara live..Buat Nabil dan Angah, kita jumpa di belakang stage nanti ye... 

Buat teman2 di Menara MATRADE, nantikan kemunculan kami di malam itu nanti...khas untuk anda semua!!!

Monday, October 24, 2011

Kayuhan Kg Paya Jaras, Sungai Buloh

23 Oktober 2011 - ACT telah mengadakan kayuhan sekitar Kg Paya Jaras bersama ADUN dan anak-anak yatim sepanjang 6km..saya telah diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan angklung solo bagi upacara perasmian Dewan Wawasan Kg Paya Jaras, Sungai Buloh..



Kayuhan Cinta Negara Fasa 4 2011

Terima kasih kpd warga ACT kerana telah memberikan kerjasama yang amat baik sepanjang persembahan kebudayaan di Kg Seri Bunian, Parit Betak, Pontian, Johor Bharu..u all mmg sporting!!!

Lagu : Bunga Hutan (drama Bawang Putih Bawang Merah)
** Maaf, kualiti video amat tidak memberangsangkan kerana kesilapan teknikal oleh jurukamera..harap maaf..

Kayuhan Cinta Negara Fasa 4 2011

Kali ni, kami berpeluang membuat persembahan kebudayaan di Kg Seri Bunian, Parit Betak, Pontian, Johor Bharu pada 14 Oktober 2011..di akhir persembahan, kami telah berkolaborasi bersama Kump Ghazal Kg Seri Bunian..mmg seronok dan sgt happening!!

Lagu : Kasih (Hetty Koes Endang)
**Maaf kualiti video kurang memberangsangkan..harap maaf...

Kami bersama Kump Ghazal Kg Seri Bunian, Pontian

Persembahan Angklung Berkumpulan

 Salam..kami telah diberi kepercayaan untuk membuat persembahan di Majlis Persandingan 2 pasangan pengantin di Restoran Zam Zam, Seksyen 9, Shah Alam pada 24 September 2011 yang lalu..persembahan angklung berkumpulan terdiri daripada instrument angklung, jimbe, serunai, tamborin dan aromba...




Sekiranya tuan/puan ingin membuat kelainan di dalam majlis-majlis keramaian, boleh lah hubungi kami SuWaRa Entertainment (Zack 010-2794213 atau Sue 017-3210409)

ACT Got Talent 2010

As Salam..kali ni nak update tentang ACT Got Talent 2010..syukur alhamdulillah..kerana minat dan bakat yang ada, saya telah menyertai pertandingan ini..tapi, penyertaan saya ini juga merupakan salah satu promosi bagi memperkenalkan instrument ANGKLUNG di kalangan ahli-ahli ACT (Associated Cyclosportif Trekkers)..ramai yang teruja dan sgt terhibur dgn persembahan saya..alhamdulillah..

Peringkat saringan...saya telah menyampaikan 2 buah lagu..
Selain daripada itu, saya juga menyertai pertandingan ACT Got Talent 2010 ini bersama isteri terchenta di mana saya telah mengiringi beliau utk kategori Solo..beliau telah menyampaikan lagu Mencintaimu (Kris Dayanti) dan Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)
Di peringkat akhir, saya telah menyampaikan 3 buah lagu..



AKHIRNYA...Alhamdulillah..saya dan isteri telah mendapat gelaran NAIB JOHAN keseluruhan bagi pertandingan ACT Got Talent 2010..

Thursday, August 25, 2011

Monday, August 22, 2011

Angklung Group Performances

Angklung Group Performances will be held as follow:-



1)           Date  :  7th August 2011 (Sunday)
    Time  :  6.30 pm
    Venue  :  Main Stage,
                  Alamanda, Putrajaya


2)     Date : 17th August 2011 (Wednesday)
    Time : 2.00 pm
    Venue : Main Stage,
              One Utama, Damansara Utama


3)         Date : 27th August 2011 (Saturday)
    Time : 6.30 pm
    Venue : Main Stage,
         Alamanda, Putrajaya


Feel free to visit our live performance as per above..
Kami akan menyajikan persembahan yg terbaik buat anda semua...

"Suara Warisan Rakyat~Memartabatkan Seni Budaya Negara"

Monday, July 11, 2011

:: Cancel... ::

Angklung Performance at IOI Mall, Puchong on 10th July 2011 has been cancelled by the organizer due to BERSIH assembly...

Next event will be update from time to time..Thank you...


"Suara Warisan Rakyat, Memartabatkan Seni Budaya Negara"

Monday, July 04, 2011

:: Angklung Solo Performance ::

Upcoming Angklung Solo Performance:-

Date : 10th July 2011 (Sunday)
Time : 1.00 pm
Venue : IOI Mall Puchong



Feel free to visit our live performance as per above..
Kami menjanjikan persembahan yg terbaik buat anda semua...

"Suara Warisan Rakyat~Memartabatkan Seni Budaya Negara"

Wednesday, June 01, 2011

:: Upcoming Event ::

Sepanjang bulan Jun ini, kami akan mengadakan persembahan angklung solo secara live di Pasar Seni (Central Market) pada setiap hari Isnin dan Khamis mulai jam 9.00 malam hingga 9.30 malam pada tarikh-tarikh berikut:-
  • 6 Jun
  • 7 Jun
  • 9 Jun
  • 13 Jun
  • 16 Jun
  • 20 Jun
  • 23 Jun
  • 27 Jun
  • 30 Jun
Kepada peminat-peminat setia muzik tradisional, jgn lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan yg hebat dan mantap dari kami..Hargailah muzik tradisional..Memartabatkan seni budaya negara..

Friday, May 20, 2011

:: Father's Day Concert with Sweet Charity ::



Persembahan ini telah diadakan di "Father's Day Concert" bersama kumpulan rock lagenda "Sweet Charity" ~ Papa Rock Ramli Sarip benar2 menggamitkan suasana di Dewan Merdeka, PWTC...best!!!!

:: Angklung Group Performance ::


Persembahan ini telah diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena 
Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2011..

:: Persembahan Angklung Solo ::





Persembahan Angklung sesuai untuk majlis keramaian, majlis perkahwinan, majlis pertunangan, promosi produk, majlis perasmian, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.. Sekiranya berminat, sila hubungi Jax 010-2794213 untuk keterangan lanjut..kami akan menjanjikan persembahan yang terbaik buat anda semua.... (^_^)

Friday, February 25, 2011

:: Upcoming Events ::

Februari 2011

1. MAJLIS PERSANDINGAN SURAYA & JOHAN
Tempat : Hotel PJ Hilton
Masa : 7.45 malam hingga 11.00 malam
Tarikh : 12 Februari 2011




 
2. PROMOSI HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
Tempat : Kompleks Kraf, Jalan Conlay KL
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tarikh : 28 Februari hingga 7 Mac 2011
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.