BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Monday, March 19, 2012

Majlis Perkahwinan Nurul Hazwani ♥ Kapten Al-Hafiz

Ahad, 18 Mac 2012 - SuWaRa Entertainment telah diundang utk mengadakan persembahan angklung solo oleh saudara Zack sempena "Majlis Perkahwinan Nurul Hazwani Kapten Al-Hafiz" di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majer (B) En Mohd Tajol Hasnan bin Ghazali di atas kesudian menjemput kami dan memberi kepercayaan kepada kami untuk memeriahkan majlis meraikan raja sehari yg gilang gemilang ini.

Persembahan angklung bermula seawal jam 12.30 tengah hari. Pada awalnya ada 2 slot di dalam jadual bagi persembahan angklung, tetapi atas permintaan tuan rumah, kami membuat persembahan yg ke-3 juga. Syukur alhamdulillah, persembahan telah berjalan dengan lancarnya. Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah, yg buruk itu datang dari kami sendiri. Semoga para tetamu dan ahli keluarga berpuas hati dgn perkhidmatan yg kami berikan..insyaAllah..

Di sekitar majlis perkahwinan mereka...

Bersama pasangan pengantin, Nurul Hazwani Kapten Al-Hafiz
Bersama Mejar (B) Mohd Tajol
 


"Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan"



"Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Di atas pelamin sama bersatu"

 



 
"Terbang selisih si burung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain tahun berjumpa lagi"

Anda inginkan kelainan di hari bahagia anda? Ataupun ingin menggunakan perkhidmatan kami utk majlis makan malam atau sebarang majlis keramaian? Sekiranya berminat, sila hubungi SURIA 014-2379783 atau melalui e-mel suria1907@yahoo.com untuk keterangan lanjut. Kami akan menyajikan persembahan yang terbaik buat anda. Terima kasih.
"SuWaRa-Suara Warisan Rakyat

Memartabatkan Seni Budaya Negara"

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting our blog! For any enquiries, please do not hesitate to call us. Thank you :)

PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.