BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Monday, December 29, 2014

TEMPAHAN PERKHIDMATAN DAN PERSEMBAHAN BAGI TAHUN 2015 KINI DIBUKA DENGAN HARGA PROMOSI!!!

Assalammu'alaikum WBT.

Khas buat bakal pelanggan-pelanggan bakal raja sehari yang masih tercari-cari pakej perkhidmatan dan persembahan untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada tahun 2015. Berita baik untuk anda!!

** Tertakluk kepada Terma dan Syarat



Yaaaa..diskaun 10% menanti anda apabila anda membuat tempahan sebelum atau pada 1 Januari 2015. Tak percaya?? 

** Terma dan Syarat:
- Promosi ini  hanya terbuka kepada mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan bagi bulan Januari hingga Mac 2015 dan di sekitar kawasan Lembah Klang dan Kuala Lumpur sahaja.
- Promosi ini hanya sah bagi perkhidmatan persembahan sahaja.

*****************************************************
Hubungi (Call/SMS/WhatsApp):
SURIA 0142379783
ZACK 010-2794213

Monday, December 01, 2014

PAKEJ LENGKAP MAJLIS PERKAHWINAN HUSNA @ PUTRAJAYA

Assalammu'alaikum WBT.

Pelanggan kami, Husna telah memilih pakej lengkap majlis perkahwinannya yang berlangsung di Putrajaya pada April 2014 yang lalu. Pakej lengkap ini terdiri daripada:
  • Mekap nikah
  • Mekap sanding
  • Pelamin dewan
  • Arch
  • Red carpet & walkway
  • Persembahan angklung solo
  • Deejay & soundsystem









Syukur alhamdulillah. Pasangan pengantin dan ahli keluarga suka dengan hasil kerja kami. Ramai tetamu yang teruja dengan persembahan angklung solo. Tak kurang juga yang memberikan no tel dan meminta biz kad SuWaRa Entertainment. Alhamdulillah...

*****************************************************
Bagi anda yang inginkan kelainan di majlis dan hari bersejarah anda, boleh hubungi (SMS/Call/Whatsapp):
SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

Friday, November 28, 2014

PERSEMBAHAN ANGKLUNG DAN KUMPULAN DI HARI KRAF KEBANGSAAN

Assalammu'alaikum WBT.

Untuk pengetahuan semua, persembahan yang kami sediakan bukan hanya untuk majlis-majlis perkahwinan mahupun keramaian sahaja. Malah kami juga turut diundang untuk mengadakan persembahan di majlis promosi, pelancaran produk, perasmian, karnival dan sebagainya.

Kump. Fusiona Ethnique juga telah mengadakan persembahan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan.

Kump. Fusiona Ethnique menggabungkan beberapa instrumen muzik antaranya adalah angklung, arumba/kulintang, double bass/gitar bass, jimbe/kahoon, gitar akustik, seruling buluh, accordian dan toys.






 

Tahniah buat pengasas Kump. Fusiona Ethnique, Zack Osman kerana telah berjaya mengetengahkan angklung dan kumpulan dengan diberi nafas yang baru. Ternyata persembahan angklung dan kumpulan ini memberi impak yang besar dalam sesuatu majlis.

*****************************************************
Jika anda berminat dengan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi (SMS/Call/Whatsapp):
SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

Thursday, November 27, 2014

PERSEMBAHAN TARIAN KANAK-KANAK

Assalammu'alaikum WBT.

Antara persembahan yang menjadi daya tarikan adalah persembahan tarian kanak-kanak. Bukan tarian tradisional sahaja yang bakal disajikan khas buat tetamu hadir, malah pihak kami juga akan pelbagaikan jenis tarian sama ada tradisional mahupun moden bergantung kepada kesesuaian majlis.

Sama-sama kita saksikan persembahan tarian tradisional kanak-kanak sempena majlis perkahwinan yang telah berlangsung baru-baru ini. Semoga terhibur.. :)



*****************************************************
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, sila hubungi (SMS/Call/Whataspp):
SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

Wednesday, November 26, 2014

MAJLIS MAKAN MALAM PENUTUPAN MPIC GAMES 2014

Assalammu'alaikum WBT.

Pada 17 Ogos 2014 yang lalu, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah mengundang SuWaRa Entertainment untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Makan Malam Penutupan MPIC Games 2014 bertempat di Hotel Bangi, Putrajaya.




Terima kasih yang tidak terhingga kepada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) kerana tidak putus-putus memberi ruang dan peluang kepada SuWaRa Entertainment untuk terus berkarya dan memeriahkan majlis.

*****************************************************
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi (SMS/Call/Whatsapp):
SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PESTECH SDN BHD

Assalammu'alaikum WBT.

Masih belum terlambat rasanya untuk up entry persembahan-persembahan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal yang lalu. Kekangan masa membataskan kami untuk up entry persembahan kami sepanjang tahun ini.

Pada bulan Syawal yang lalu, Pestech Sdn Bhd telah mengundang SuWaRa Entertainment untuk mengadakan persembahan yang telah diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam.

Mereka meminta kami memberikan cadangan persembahan yang bersesuaian. Kami memberi cadangan kepada mereka untuk mengambil pakej persembahan TARIAN TRADISIONAL dan ANGKLUNG SOLO. Dan mereka bersetuju dengan cadangan kami. :)






Ternyata gabungan persembahan yang diselangselikan mengikut slot yg bersesuaian, ternyata memberi impak yang besar dalam memeriahkan majlis. Para tetamu sgt teruja dgn kemerduan dan gemersik alunan angklung. Syukur alhamdulillah

Terima kasih kepada Pestech Sdn Bhd kerana telah memberi kepercayaan kepada SuWaRa Entertainment dalam memeriahkan majlis.

*****************************************************
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan, sila hubungi (SMS/Call/Whatsapp):
SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

Wednesday, October 08, 2014

PERSEMBAHAN GAMELAN DI MAJLIS PERKAHWINAN, RUMAH MELAKA

Assalammu'alaikum WBT.

Buat pengetahuan semuan, kami telah berpeluang mengadakan persembahan di Rumah Melaka yang terletak di Bukit Katil, Melaka pada bulan Mac 2014 yang lalu. Apa yang membuatkan kami teruja adalah keunikan senibina, rekabentuk dan ukiran kayu tradisional Rumah Melaka ini. Cantik sungguh.. :)

Sumber : Rumah Melaka
Syukur alhamdulillah..persembahan gamelan yang dibawakan khas dari SuWaRa Entertainment mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana kumpulan gamelan kami tidak hanya mendendangkan instrumental lagu-lagu gamelan tradisional, malahan turut mempersembahkan instrumental lagu-lagu terkini juga.




Terima kasih kepada pasangan pengantin merpati dua sejoli ini yang telah mengundang kami untuk memeriahkan majlis raja sehari mereka. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya..



*****************************************************

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi samada melalui telefon, SMS mahupun Whatsapp:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

PERTANDINGAN IKON MUSLIMAH 2013 ANJURAN TEAM AFNIM

Assalammu'alaikum WBT.

Syukur alhamdulillah. Diberi peluang untuk menyertai pertandingan Ikon Muslimah 2013 sebagai MUA pada 12 Januari 2014 bertempat di Kelab Golf Bangi. Saya berpeluang berkolaborasi bersama model muslimah Fieyza Eyza. Tema pertandingan adalah beautiful/kecantikan. 

Walaupun tidak memenangi apa-apa dalam pertandingan tersebut, melalui pertandingan sebegini, saya dapat menimba pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan di dalam kerjaya sebagai MUA. 





Adat bertanding la kan, pasti ada yang kalah, ada yang menang. Jadi apa salahnya kita belajar dan perbaiki kesilapan dan jadikan mereka-mereka yang telah memenangi pertandingan ini sebagai contoh di masa-masa akan datang. Mana tahu ada rezeki di lain masa pula kan..InsyaAllah...Amin


*****************************************************

Perlukan MUA atau jurusolek untuk menatarias di hari bahagia anda? Majlis bertunang, nikah, bersanding, bertandang, annual dinner, konvokesyen, photoshoot? Atau apa sahaja majlis..

Whatsapp
SURIA 0142379783

Wednesday, October 01, 2014

MAJLIS PELANCARAN "KENALI NUSANTARA: WANG YANG MEMBENTUK RANTAU INI"

Assalammu'alaikum WBT.

Buat pertama kalinya, Bank Negara Malaysia menjemput kami untuk mengadakan persembahan ANGKLUNG SOLO sempena Majlis Pelancaran "Kenali Nusantara : Wang Yang Membentuk Rantau Ini" yang dirasmikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang.

Cuma kali ini persembahan ANGKLUNG SOLO diiringi oleh gendang rebana kerana pihak penganjur hanya inginkan muzik instrumental yang light & easy je. 






Syukur alhamdulillah..sekali lagi persembahan kami pada hari tersebut mendapat sambutan yang agak luar biasa. Rata-rata dari tetamu yang hadir jarang sekali dapat menyaksikan persembahan ANGKLUNG SOLO dengan lebih dekat..

Terima kasih kepada En Fakhrullah selaku penganjur kerana telah menjemput kami untuk memeriahkan majlis pelancaran pada hari tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi kami melalui Tel/SMS/Whatsapp:
SURIA 014 2379783
ZACK 010 2794213

Monday, September 29, 2014

PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO DAN ANGKLUNG BERKUMPULAN DI JOHOR BHARU

Assalammu'alaikum WBT,

Pada 16 Ogos dan 23 Ogos 2014 yang lalu, kami telah diundang untuk mengadakan persembahan di Johor Bharu sempena majlis pelancaran dan jualan unit rumah baru oleh EcoWorld Gallery. 

Pengalaman buat pertama kalinya kami membawa persembahan ANGKLUNG SOLO dan ANGKLUNG & KUMPULAN (FUSIONA ETHNIQUE) ke selatan tanah air. Mereka cukup teruja dapat buat persembahan di luar KL Selangor. 










Alhamdulillah..akhirnya berpeluang juga kami membawa mereka bersama. Terima kasih kepada Cruz Events kerana telah memberi peluang kepada kami untuk melebarkan sayap... :)

*****************************************************
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan persembahan yang kami sediakan?

WHATSAPP/CALL/SMS:
SURIA 014 2379783
ZACK 010 2794213
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.