BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Wednesday, October 08, 2014

PERSEMBAHAN GAMELAN DI MAJLIS PERKAHWINAN, RUMAH MELAKA

Assalammu'alaikum WBT.

Buat pengetahuan semuan, kami telah berpeluang mengadakan persembahan di Rumah Melaka yang terletak di Bukit Katil, Melaka pada bulan Mac 2014 yang lalu. Apa yang membuatkan kami teruja adalah keunikan senibina, rekabentuk dan ukiran kayu tradisional Rumah Melaka ini. Cantik sungguh.. :)

Sumber : Rumah Melaka
Syukur alhamdulillah..persembahan gamelan yang dibawakan khas dari SuWaRa Entertainment mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana kumpulan gamelan kami tidak hanya mendendangkan instrumental lagu-lagu gamelan tradisional, malahan turut mempersembahkan instrumental lagu-lagu terkini juga.




Terima kasih kepada pasangan pengantin merpati dua sejoli ini yang telah mengundang kami untuk memeriahkan majlis raja sehari mereka. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya..



*****************************************************

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi samada melalui telefon, SMS mahupun Whatsapp:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

PERTANDINGAN IKON MUSLIMAH 2013 ANJURAN TEAM AFNIM

Assalammu'alaikum WBT.

Syukur alhamdulillah. Diberi peluang untuk menyertai pertandingan Ikon Muslimah 2013 sebagai MUA pada 12 Januari 2014 bertempat di Kelab Golf Bangi. Saya berpeluang berkolaborasi bersama model muslimah Fieyza Eyza. Tema pertandingan adalah beautiful/kecantikan. 

Walaupun tidak memenangi apa-apa dalam pertandingan tersebut, melalui pertandingan sebegini, saya dapat menimba pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan di dalam kerjaya sebagai MUA. 





Adat bertanding la kan, pasti ada yang kalah, ada yang menang. Jadi apa salahnya kita belajar dan perbaiki kesilapan dan jadikan mereka-mereka yang telah memenangi pertandingan ini sebagai contoh di masa-masa akan datang. Mana tahu ada rezeki di lain masa pula kan..InsyaAllah...Amin


*****************************************************

Perlukan MUA atau jurusolek untuk menatarias di hari bahagia anda? Majlis bertunang, nikah, bersanding, bertandang, annual dinner, konvokesyen, photoshoot? Atau apa sahaja majlis..

Whatsapp
SURIA 0142379783

Wednesday, October 01, 2014

MAJLIS PELANCARAN "KENALI NUSANTARA: WANG YANG MEMBENTUK RANTAU INI"

Assalammu'alaikum WBT.

Buat pertama kalinya, Bank Negara Malaysia menjemput kami untuk mengadakan persembahan ANGKLUNG SOLO sempena Majlis Pelancaran "Kenali Nusantara : Wang Yang Membentuk Rantau Ini" yang dirasmikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar Aziz di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang.

Cuma kali ini persembahan ANGKLUNG SOLO diiringi oleh gendang rebana kerana pihak penganjur hanya inginkan muzik instrumental yang light & easy je. 






Syukur alhamdulillah..sekali lagi persembahan kami pada hari tersebut mendapat sambutan yang agak luar biasa. Rata-rata dari tetamu yang hadir jarang sekali dapat menyaksikan persembahan ANGKLUNG SOLO dengan lebih dekat..

Terima kasih kepada En Fakhrullah selaku penganjur kerana telah menjemput kami untuk memeriahkan majlis pelancaran pada hari tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi kami melalui Tel/SMS/Whatsapp:
SURIA 014 2379783
ZACK 010 2794213
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.