BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Thursday, December 31, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Assalammu'alaikum WBT.




Tahun baru
Bererti
Adanya ujian dan dugaan baru
Tujuan dan impian baru
Masa depan baru
Misi dan prospek baru.

Semoga kejayaan terus kita kecapi hingga ke akhirnya
Dan semoga dipermudahkan segala urusan kita hendaknya.
Amin

Salam Sayang,
SuWaRa Entertainment
Suria Qaisara Beauty Touch

Friday, December 11, 2015

PERSEMBAHAN KUMP KOMPANG PACIAK SUWARA

Assalammu'alaikum WBT.


Kumpulan kompang paciak sedikit berbeza dengan pasukan kompang biasa yang lazimnya dimainkan di majlis-majlis perkahwinan. Ini adalah kerana ianya lebih menarik minat para tetamu yang hadir untuk melihat sendiri keunikan paluan kompang dan beberapa alat muzik caklempong yang turut dimainkan semasa mengiringi tetamu.

Jika berminat dengan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi SURIA 014-2379783 melalui Whatsapp.

 


Video persembahan kump kompang paciak SUWARA :)
Jika berminat dengan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi SURIA 014-2379783 melalui Whatsapp.

PERSEMBAHAN KOMPANG UNTUK PELBAGAI MAJLIS

Assalammu'alaikum WBT.


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. 

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. 

Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. Manakala bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan di antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedangan India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. 



Pasukan kump kompang SUWARA sedang menanti kehadiran pasangan pengantin
Persembahan kompang ini lazimnya dimainkan di majlis perkahwinan. Namun begitu, pada hari ini ianya amat sinonim dan sesuai dimainkan untuk mengiringi tetamu kehormat/VIP semasa majlis pelancara, majlis perasmian dan sebagainya. 

Jika anda berminat dengan perkhidmatan persembahan kompang yang kami sediakan, boleh hubungi SURIA 014-2379783 melalui Whatsapp.

Tuesday, August 18, 2015

PERKHIDMATAN MENGAJAR ANGKLUNG

Assalammu'alaikum WBT

Perkhidmatan mengajar angklung di sekolah, jabatan, agensi, kementerian, syarikat swasta malahan kepada orang perseorangan juga, bukanlah sesuatu yang asing bagi kami. Ini adalah kerana perkhidmatan mengajar ini telah lama menarik minat mereka dan semakin mendapat sambutan.

Baru-baru ini, kami telah diundang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mengajar angklung koir di sekolah Tabika Perpaduan. Syukur alhamdulillah. Kami amat berbesar hati menerima undangan tersebut.

Sesi latihan dijalankan 2 kali seminggu selama 2 jam mulai bulan Jun sehingga ke bulan ini. 



Mudah-mudahan program dan aktiviti seperti ini tidak dilupakan hendaknya di masa-masa akan datang supaya anak cucu bangsa generasi akan datang tahu alat-alat muzik tradisional kita.

Sekiranya anda berminat dengan perkhidmatan ini, bolehlah hubungi kami untuk keterangan lanjut.
SURIA 0142379783
ZACK 0102794213

Tuesday, July 28, 2015

PERSEMBAHAN DI MAJLIS RUMAH TERBUKA






Untuk keterangan lanjut, hubungi SURIA 014239783 melalui SMS/Call/Whatsapp/Telegram

Tuesday, June 09, 2015

NETWORKING RECEPTION BUYERS-SELLERS MEET, MIHAS 2015


Assalammu'alaikum WBT.

Baru berkesempatan untuk update blog setelah sekian lama menyepi. Kesibukan tugas di pejabat sepanjang hari tambahan pula dengan makeup job dan show di hujung minggu, membataskan kami untuk update sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang sedang dan telah berlangsung.

Untuk pengetahuan, pada bulan Mac yang lalu, SUWARA ENTERTAINMENT telah diundang untuk mengadakan persembahan ANGKLUNG SOLO dan TARIAN KANAK-KANAK yang bertempat di Menara MATRADE bersempena majlis Networking Reception Buyers-Sellers Meet, MIHAS 2015.


Syukur alhamdulillah, mendapat sambutan yang agak luar biasa dari Buyers-Sellers dari luar negara. Tak kurang juga dari dalam negara. Terima kasih kepada pihak pengurusan MATRADE kerana sudi menggunakan perkhidmatan persembahan kami. Mohon ampun maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri.

Sekiranya berminat dengan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan, mohon Whatsapp Suria 014-2379783 untuk keterangan lanjut.

Wednesday, March 18, 2015

FESTIVAL SAINS KUALA LUMPUR


Assalammu'alaikum WBT.

Kami telah diundang oleh MTIB sekali lagi untuk mengadakan persembahan di Festival Sains Kuala Lumpur bertempat di KLCC. Memang meriah festival ini kerana terdapat pelbagai pameran, aktiviti dan acara yang disajikan khas buat pengunjung.





Ini pula adalah sebahagian daripada video persembahan Kump Fusiona Ethnique. Syukur alhamdulillah, persembahan yang mendapat sambutan yang menggalakkan... :)



Tuesday, March 17, 2015

KUMPULAN KOMPANG SUWARA

Assalammu'alaikum WBT.


Sudahkah anda mendapat pasukan kompang bagi meraikan majlis anda?

Kami ada jawapannya. Yang pasti kumpulan kompang kami adalah lain dari yang lain. Sangat unik.

Kenapa? Mari saksikan video persembahan kumpulan kompang kami di Majlis Perkahwinan Atiqah dan pasangan di Seksyen 9, Shah Alam baru-baru ini.


Untuk sebarang pertanyaan/tempahan, hubungi:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

Thursday, February 05, 2015

BUSANA PENGANTIN / BAJU PENGANTIN UNTUK DISEWA

Assalammu'alaikum WBT.


Selain dari membekalkan perkhidmatan persembahan, kami juga menyediakan busana pengantin untuk disewa. Boleh digunapakai untuk majlis bertunang, sanding, bertandang malahan untuk majlis makan malam juga.

Baju pengantin ini terdapat pelbagai warna dan rekaan yang menarik, juga didatangkan dalam bentuk set sepasang LP dan lengkap dengan aksesori termasuklah:
- veil
- crown
- rantai P
- kasut P
- sampin
- tanjak
- bengkung
- sampin
- rantai L

Boleh juga menyewa sepasang baju pengantin LP atau single item (bergantung kepada availability).







Jika berminat dengan busana/baju pengantin yang kami sediakan, sila hubungi:

WHATSAPP
SURIA 0142379783

Wednesday, February 04, 2015

MEKAP NIKAH DAN SANDING I KHADIJAH I KLANG

Assalammu'alaikum WBT.

Pelanggan kali ni mengambil pakej mekap nikah dan sanding, majlis nikah diadakan pada hari yg berbeza, di Kg Rantau Panjang, Klang. 

MEKAP NIKAH



MEKAP SANDING





Terima kasih Khadijah kerana sudi menggunakan perkhidmatan solekan dari #SuriaQaisaraBeautyTouch yang merupakan milikan sepenuhnya oleh SuWaRa Entertainment.

*****************************************************

Bagi yang ingin mendapatkan sentuhan magis ini, bolehlah hubungi:
Whatsapp SURIA 0142379783
Facebook : Suria Qaisara
Instagram : Suria Qaisara Beauty Touch

Friday, January 30, 2015

FEATURED IN HIJABISTA MAGAZINE

Assalammu'alaikum WBT.


Syukur alhamdulillah. Bertambah lagi satu profil #SuriaQaisaraBeautyTouch yang dimiliki oleh SuWaRa Entertainment. Akhirnya, Suria Qaisara Beauty Touch semakin mendapat tempat di hati para pelanggan.

Siapa sangka rezeki yg Allah SWT kirimkan. Benarlah kata pepatah, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian". Syukur alhamdulillah di atas rezeki ini.

Diberi peluang untuk diwawancara untuk kolum 'Soal Jawab Cantik' oleh pihak Hijabista merupakan peluang keemasan yang sama sekali tidak akan dilepaskan. Ibarat peluang hanya datang sekali, sekali datang harus dimiliki umpama sebuah rezeki. 

Jangan lupa dapatkan Majalah Hijabista edisi Februari 2015 di pasaran sekarang!



Artikel penuh kolum 'Soal Jawab Cantik'

Terima kasih kepada Puan Munirah selaku penyelaras Majalah Hijabista kerana telah memberi peluang keemasan buat kami. Terima kasih juga kepada para pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan kami dengan meletakkan sepenuh kepercayaan dalam menjayakan majlis anda. Doakan agar #SuWaRaEntertainment dan #SuriaQaisaraBeautyTouch terus maju jaya. InsyaAllah, amin.. :)

Footnote : Dapatkan perkhidmatan mekap, sewaan pelamin, sewaan busana pengantin dan juga persembahan-persembahan untuk sebarang majlis dengan harga yang berpatutan. Kualiti terjamin!

Whatsapp : SURIA 0142379783
Facebook : Suria Qaisara
Instagram : Suria Qaisara Beauty Touch
Laman Facebook Rasmi : SuWaRa Entertainment

Friday, January 16, 2015

MEKAP BERTANDANG I DIANA I CHERAS

Assalammu'alaikum WBT.

Hari ni saya ingin berkongsi hasil mekap untuk majlis bertandang. Diana inginkan sedikit kelainan, di mana beliau inginkan mekap bertemakan ala arabic. Mekap yang sedikit heavy tetapi ringkas.

Mari kita lihat hasilnya :)




 

*****************************************************
Bagi yang inginkan kelainan untuk majlis meraikan pengantin baru atau apa sahaja majlis sama ada majlis makan malam, majlis bertunang dll dgn budget yang rendah, boleh hubungi kami. Nak buat trial make-up pun boleh juga. 

WHATSAPP:
SURIA 014-2379783

FACEBOOK & INSTAGRAM:
Suria Qaisara Beauty Touch

Thursday, January 15, 2015

PROMOSI TAHUN BARU 2015

Assalammu'alaikum WBT.

Promosi sempena Tahun Baru 2015 kini bermula.

PAKEJ PERKHIDMATAN DAN PERSEMBAHAN:

ANGKLUNG SOLO + SOUNDSYSTEM + DEEJAY
HARGA ASAL : RM 1,700.00
HARGA PROMO: RM 1,200.00 SHJ!!!
(Penjimatan sehingga 29%!!!)


Terma dan Syarat:
  • Terbuka kepada Bride-to-Be yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Januari 2015 sehingga Mei 2015 sahaja.
  • Terbuka kepada Bride-to-Be yang akan melangsungkan perkahwinan di sekitar Lembah Klang sahaja.
  • Bayaran tempahan sebanyak RM100 akan dikenakan untuk memudahkan kami block slot dan tarikh majlis anda. Baki selebihnya hendaklah dijelaskan semasa majlis diadakan.

Berminat??? Hubungi kami dengan segera...

WhatsApp
SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.