BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Thursday, December 31, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Assalammu'alaikum WBT.




Tahun baru
Bererti
Adanya ujian dan dugaan baru
Tujuan dan impian baru
Masa depan baru
Misi dan prospek baru.

Semoga kejayaan terus kita kecapi hingga ke akhirnya
Dan semoga dipermudahkan segala urusan kita hendaknya.
Amin

Salam Sayang,
SuWaRa Entertainment
Suria Qaisara Beauty Touch

Friday, December 11, 2015

PERSEMBAHAN KUMP KOMPANG PACIAK SUWARA

Assalammu'alaikum WBT.


Kumpulan kompang paciak sedikit berbeza dengan pasukan kompang biasa yang lazimnya dimainkan di majlis-majlis perkahwinan. Ini adalah kerana ianya lebih menarik minat para tetamu yang hadir untuk melihat sendiri keunikan paluan kompang dan beberapa alat muzik caklempong yang turut dimainkan semasa mengiringi tetamu.

Jika berminat dengan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi SURIA 014-2379783 melalui Whatsapp.

 


Video persembahan kump kompang paciak SUWARA :)
Jika berminat dengan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi SURIA 014-2379783 melalui Whatsapp.

PERSEMBAHAN KOMPANG UNTUK PELBAGAI MAJLIS

Assalammu'alaikum WBT.


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik. 

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan. 

Terdapat dua bahagian kompang iaitu bahagian muka (ada kulit) dipanggil belulang. Manakala bahagian badan (kayu) dipanggil baluh. Kompang perlu diletakkan di antara belulang dan baluh, sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedangan India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. 



Pasukan kump kompang SUWARA sedang menanti kehadiran pasangan pengantin
Persembahan kompang ini lazimnya dimainkan di majlis perkahwinan. Namun begitu, pada hari ini ianya amat sinonim dan sesuai dimainkan untuk mengiringi tetamu kehormat/VIP semasa majlis pelancara, majlis perasmian dan sebagainya. 

Jika anda berminat dengan perkhidmatan persembahan kompang yang kami sediakan, boleh hubungi SURIA 014-2379783 melalui Whatsapp.
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.