BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Friday, October 28, 2016

FOUNDER OF SUWARA Entertainment!



Zack Osman, a high-spirited and energetic angklung man. Has been selected and participated in music industry within Malaysia and international since 2007. He’s also had been chosen to act as a tutor in few educational institutes (school and university).

Ministry of Tourism have select Zack Osman to represent Malaysia in Dubai and Bangkok for International Travel Fair. Other than that, he had been invited to perform in corporate, Ministries, government Agencies as well in an individual’s events throughout Malaysia.

Last but not least, he has been chosen by station TV such as TV1, TV2, TV3, TV9 and Astro Awani for live performances in few programmes.

He’s a founder of SUWARA Entertainment :)

#ZackOsman
#angklungman
#angklungplayer
#SUWARAEntertainment
#SUWARA
#angklung
#worldmusic
#worldmusical

FOLLOW US ON:
Instagram : SUWARA Entertainment
Facebook : SUWARA Entertainment

Tuesday, September 20, 2016

LAWATAN KE MUZIUM MUZIK MALAYSIA

Assalammu'alaikum WBT.

Pada beberapa minggu yang lalu, kami telah mengadakan lawatan ke Muzium Muzik Malaysia. Terdapat pelbagai alatan muzik yang ditempatkan di muzium ini. Dari tradisional hinggalah ke moden. 

Untuk makluman, Muzium Muzik merupakan sebuah muzium yang khusus untuk menempat dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik tradisional dan moden serta perkembangan seni muzik tanah air dan telah mula dibuka kepada pengunjung mulai 1 Ogos 2015. Ia ditubuhkan berdasarkan kepada pengamatan dan kesedaran bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kamun dan etnik yang kaya dengan keunikan rentak dan irama muzik yang tersendiri.

Penubuhan Muzim Muzik ini telah disarankan oleh YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2006. Bangunan ini merupakan sebuah bangunan lama yang berusia lebih dari 100 tahun.




 



  Di Muzium Muzik ini, juga terdapat latar belakang dan sejarah Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee.


Founder SUWARA entertainment bersama Pengarah Muzium Muzik, Puan Rohana yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan kami. Terima kasih Puan di atas layanan tempoh hari :)

Untuk maklumat lanjut berkaitan muzium ini, bolehlah layari portal Muzium Muzik. Jika ingin membuat lawatan secara berkumpulan mahupun individu juga amatlah digalakkan.

Wednesday, August 24, 2016

MEKAP MODEL I SHAWL PHOTOSHOOT I BUKIT JELUTONG

Assalammu'alaikum WBT.

Kali ni nak update lagi makeup job collaboration between me and IKWholesale. Alhamdulillah..terima offer mereka dengan hati yang terbuka. Walaupun agak penat sehari suntuk berada di studio untuk mekap, touchup dan hijab stylish kepada model, tapi kita rasa seronok sangat. Kita buat apa yang kita minat, apa yang kita suka. This is my passion :)

The best thing is, kita dapat mekapkan model tinggi lampai dari Turkmenistan ok. Kelassss gitu. Tinggi menjulang. Kihkihkih. Irina namanya :)



Tak mekap pun dah cantik, bila dah mekap apatah lagi kan..cantik dan sweet je. Kalau tak silap dia ni masih belajar lagi, di Segi University College rasanya. Ntah, dah lupa. Hehehe





Tengoklah gelagat kita dan krew di belakang tabir. Kalau bab bergambar memangggg tak nak kalah kan. Hahaha. We do really enjoyed our day together. Walaupun kemain payah nak communicate dengan model ni disebabkan kepekatan loghat nya itu, tapi layan jugak la. Xdelah kaku dan senyap je. At least kami berborak dan faham , kelasss mak handam kampung ni fasih jugaklah skipping londong..ehhh..speaking london..hehehe

Tu je la kot story mory hari ini. Actually memang banyak benda yang nak dikongsikan bersama. Tapi sikit-sikit la ye. Kita simpan untuk esok hari pulak. Harap-harap xdelah idea stuck di tengah jalan. mihihihi..

Till then..
xoxo

Salam Sayang,
SUWARA Entertainment
Suria Qaisara Beauty Touch

Monday, August 15, 2016

PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO DI PUSAT MEMBELI BELAH


Assalammu'alaikum WBT.


Pada bulan Ramadhan yang lalu, kami telah diundang untuk mengadakan pelbagai persembahan termasuklah persembahan ANGKLUNG SOLO di pusat membeli belah sebagai salah satu daya tarikan pengunjung untuk membeli belah sambil berhibur. 

Persembahan di Seremban Prima Mall, Negeri Sembilan

Persembahan di Ampang Point Mall, Ampang

Persembahan di Setapak Central Mall, Danau Kota

Persembahan angklung ini juga sesuai dipersembahkan untuk sebarang majlis termasuklah majlis perkahwinan, majlis perasmian, majlis pelancaran dan sebagainya. Jika berminat untuk mendapatkan khidmat kami, hubungi SURIA 0142379783 dan ZACK 0102794213 melalui aplikasi WhatsApp. 

Terima kasih :)

Tuesday, June 28, 2016

PERKHIDMATAN DAN PERSEMBAHAN YANG KAMI SEDIAKAN


Assalammu'alaikum WBT.


Berikut adalah perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, untuk pelbagai jenis majlis:
  1. Tarian tradisional & moden(dewasa & kanak2)
  2. Ghazal & langgam asli
  3. Kump.Keroncong
  4. Kump.lagu klasik
  5. Angklung solo
  6. Angklung&group
  7. Angklung ensemble(kanak kanak)
  8. Caklempong(instrumental)
  9. Caklempong & langgam asli
  10. Gamelan
  11. Dikir barat
  12. Kump.drum & percussion
  13. Kompang irama & formasi 
  14. Demo silat melayu
  15. Demo mewarna & mencanting batik
  16. Demo permainan tradisional (gasing, congkak, batu seremban dll)
  17. Demo gubahan bunga dari kertas & bunga kering
  18. Demo memakai sampin
  19. Bengkel & kelas angklung ensemble
  20. Kelas angklung solo
  21. Kelas gamelan
  22. Kelas caklempong
  23. Kelas dikir barat
  24. Kelas tarian
  25. Bengkel, demo & kelas mekap
  26. Deejay & profesional emcee
  27. Clown/Badut
  28. Deco ballon arch
  29. Soundsystem & lighting
  30. dan lain-lain lagi :)
Jika tuan/puan berminat dengan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi:
SURIA 0142379783
ZACK 0102794213

Wednesday, June 01, 2016

MAJLIS PELANCARAN AWAL SEMINAR BAMBOO ASEAN (ABS2016)


Assalammu'alaikum WBT.


Pada 29 April 2016 yang lalu, kami telah diundang oleh MTIB, UiTM dan FRIM untuk mengadakan persembahan ANGKLUNG SOLO dan SERULING bersempena Majlis Pelancaran Awal Seminar Bamboo ASEAN yang telah diadakan di Auditorium FRIM.








Terima kasih kepada penganjur-penganjur yang telah sudi menjemput kami untuk mengadakan persembahan bagi majlis pelancaran ini. 

Sekiranya tuan/puan berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, bolehlah hubungi kami untuk keterangan lanjut :)

Friday, May 20, 2016

PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO DI BREM MALL, KEPONG SEMPENA PERAYAAN CHAP GOH MEI


Assalammu'alaikum WBT.


Kami telah diundang oleh pihak Brem Mall untuk mengadakan persembahan angklung solo sempena perayaan Chap Goh Mei. Sambutan yang sangat luar biasa dan sangat menggalakkan dari pengunjung. 







Terima kasih kepada pihak pengurusan Brem Mall kerana telah mengundang kami untuk menghiburkan para pengunjung yang hadir. Ternyata persembahan angklung solo ini mendapat sambutan tidak kira usia tua dan muda. Syukur alhamdulillah :)

Sekiranya tuan/puan berminat dengan perkhidmatan persembahan angklung solo khususnya sempena promosi hari raya di pusat membeli belah mahupun untuk persembahan sempena sambutan majlis hari raya, majlis perkahwinan, dan sebagainya, bolehlah hubungi kami untuk mendapatkan sebutharga :)

Whatsapp :
SURIA 01421379783
ZACK 0102794213

Monday, March 21, 2016

PERSEMBAHAN SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2016

Assalammu'alaikum WBT.


Kali ini kami tampil sedikit berbeza dengan persembahan yang sebelum ini. Nak tahu kenapa?


Nampak tak ada sapeh/sape di situ? Jangan tak tau ye. Pemain angklung kita ni pandai juga bermain sapeh/sape tau. Berbaju melayu lagi tu. Kerlasss ok :)



Persembahan kami pada kali ini agak santai di mana kami menengahkan alat muzik angklung, sapeh/sape dan gendang.

Jika berminat dengan perkhidmatan persembahan kami, jangan lupa Whatsapp Suria 0142379783 untuk keterangan lanjut

Wednesday, March 09, 2016

LATIHAN BIMBINGAN DAN INTENSIF ANGKLUNG DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM

Assalammu'alaikum WBT.


Kami telahpun memulakan kelas dan latihan bimbingan dan insentif untuk murid tahun 4-6 di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam sejak beberapa minggu yang lalu. Alhamdulillah, anak-anak murid mudah dan cepat faham dengan apa yang Cikgu Zack ajar. Hehehe

Masing-masing agresif dan banyak pertanyaan yang dikemukakan. That's good. Nak dapatkan ilmu kenalah banyak bertanya kan. Barulah mudah faham. Bagus murid-murid Cikgu Zack ni :)




Jumpa lagi pada minggu-minggu akan datang ye adik-adik :)

Thursday, February 04, 2016

LATIHAN BIMBINGAN DAN INSENTIF INSTRUMEN ANGKLUNG DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Assalammu'alaikum WBT.

Kami telah diberi peluang oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mengajar angklung di kementerian mereka. Pelajar-pelajar terdiri daripada kakitangan KBS sendiri yang juga merupakan ahli kumpulan Koir KBS. Bermain angklung sambil berkoir. Hebat bukan? Hehehe

Jom kita lihat sedikit sebanyak momen semasa latihan dan di hari majlis perasmian :)



Bergambar kenangan bersama anak didik KBS yang sangat sporting dan mudah diajar :)






Majlis Sambutan Hari Belia Negara telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di The Everly Hotel, Putrajaya.

Kami bagi pihak SuWaRa Entertainment ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KBS kerana telah memberi ruang dan peluang kepada kami untuk melebarkan sayap seterusnya mengetengahkan seni muzik angklung supaya tak ditelan zaman :)

Friday, January 29, 2016

PERSEMBAHAN ANGKLUNG DAN KUMPULAN DI ORCHARD SANTIKA, HULU LANGAT

Assalammu'alaikum WBT.


Kumpulan Fusiona Ethnique telah diundang untuk mengadakan persembahan di Orchard Santika oleh pemiliknya sendiri iaitu Cikgu Ruby. Terima kasih Cikgu Ruby kerana berminat dengan perkhidmatan persembahan yang kami sediakan :)









Kami juga telah ditemuramah oleh wartawan dari Al-Jazeera. Ternyata persembahan kami menarik minat para pengunjung yang hadir. Syukur alhamdulillah. Semoga hubungan ukhwah yang terjalin antara Orchard Santika dan SUWARA Entertainment berkekalan hendaknya. InsyaAllah :)
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.