BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Wednesday, August 24, 2016

MEKAP MODEL I SHAWL PHOTOSHOOT I BUKIT JELUTONG

Assalammu'alaikum WBT.

Kali ni nak update lagi makeup job collaboration between me and IKWholesale. Alhamdulillah..terima offer mereka dengan hati yang terbuka. Walaupun agak penat sehari suntuk berada di studio untuk mekap, touchup dan hijab stylish kepada model, tapi kita rasa seronok sangat. Kita buat apa yang kita minat, apa yang kita suka. This is my passion :)

The best thing is, kita dapat mekapkan model tinggi lampai dari Turkmenistan ok. Kelassss gitu. Tinggi menjulang. Kihkihkih. Irina namanya :)



Tak mekap pun dah cantik, bila dah mekap apatah lagi kan..cantik dan sweet je. Kalau tak silap dia ni masih belajar lagi, di Segi University College rasanya. Ntah, dah lupa. Hehehe





Tengoklah gelagat kita dan krew di belakang tabir. Kalau bab bergambar memangggg tak nak kalah kan. Hahaha. We do really enjoyed our day together. Walaupun kemain payah nak communicate dengan model ni disebabkan kepekatan loghat nya itu, tapi layan jugak la. Xdelah kaku dan senyap je. At least kami berborak dan faham , kelasss mak handam kampung ni fasih jugaklah skipping londong..ehhh..speaking london..hehehe

Tu je la kot story mory hari ini. Actually memang banyak benda yang nak dikongsikan bersama. Tapi sikit-sikit la ye. Kita simpan untuk esok hari pulak. Harap-harap xdelah idea stuck di tengah jalan. mihihihi..

Till then..
xoxo

Salam Sayang,
SUWARA Entertainment
Suria Qaisara Beauty Touch

Monday, August 15, 2016

PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO DI PUSAT MEMBELI BELAH


Assalammu'alaikum WBT.


Pada bulan Ramadhan yang lalu, kami telah diundang untuk mengadakan pelbagai persembahan termasuklah persembahan ANGKLUNG SOLO di pusat membeli belah sebagai salah satu daya tarikan pengunjung untuk membeli belah sambil berhibur. 

Persembahan di Seremban Prima Mall, Negeri Sembilan

Persembahan di Ampang Point Mall, Ampang

Persembahan di Setapak Central Mall, Danau Kota

Persembahan angklung ini juga sesuai dipersembahkan untuk sebarang majlis termasuklah majlis perkahwinan, majlis perasmian, majlis pelancaran dan sebagainya. Jika berminat untuk mendapatkan khidmat kami, hubungi SURIA 0142379783 dan ZACK 0102794213 melalui aplikasi WhatsApp. 

Terima kasih :)
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.