BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Tuesday, September 20, 2016

LAWATAN KE MUZIUM MUZIK MALAYSIA

Assalammu'alaikum WBT.

Pada beberapa minggu yang lalu, kami telah mengadakan lawatan ke Muzium Muzik Malaysia. Terdapat pelbagai alatan muzik yang ditempatkan di muzium ini. Dari tradisional hinggalah ke moden. 

Untuk makluman, Muzium Muzik merupakan sebuah muzium yang khusus untuk menempat dan mempamerkan koleksi alat-alat muzik tradisional dan moden serta perkembangan seni muzik tanah air dan telah mula dibuka kepada pengunjung mulai 1 Ogos 2015. Ia ditubuhkan berdasarkan kepada pengamatan dan kesedaran bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kamun dan etnik yang kaya dengan keunikan rentak dan irama muzik yang tersendiri.

Penubuhan Muzim Muzik ini telah disarankan oleh YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2006. Bangunan ini merupakan sebuah bangunan lama yang berusia lebih dari 100 tahun.




 



  Di Muzium Muzik ini, juga terdapat latar belakang dan sejarah Tan Sri Datuk Amar Dr. P.Ramlee.


Founder SUWARA entertainment bersama Pengarah Muzium Muzik, Puan Rohana yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan kami. Terima kasih Puan di atas layanan tempoh hari :)

Untuk maklumat lanjut berkaitan muzium ini, bolehlah layari portal Muzium Muzik. Jika ingin membuat lawatan secara berkumpulan mahupun individu juga amatlah digalakkan.

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting our blog! For any enquiries, please do not hesitate to call us. Thank you :)

PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.