BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Monday, July 31, 2017

FESTIVAL AES (ANGKLUNG ENGLISH SCIENCE) PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalammu'alaikum WBT.

Untuk makluman, Kelab Angklung Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong di bawah bimbingan Zack Osman telah terlibat dalam pertandingan Angklung English Science Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

 
 
 
 

Tahniah buat pelajar-pelajar Kelab Angklung SK Bukit Jelutong, walaupun tidak mendapat Top 3, namun adik-adik telah memberikan persembahan yang terbaik di dalam pertandingan ini. Yang penting pengalaman yang ditimba melalui program sebegini dapat menaikkan semangat mereka lagi.

Thursday, July 13, 2017

DEMO GUBAHAN BUNGA DARI SAMPUL DUIT RAYA

Assalammu'alaikum WBT.

Untuk makluman, kami telah diundang oleh pihak pengurusan Setapak Central Mall untuk mengadakan demo gubahan bunga dengan menggunakan sampul duit raya atau lebih dikenali sebagai 'angpow/angpau".

Jadi, sampul duit raya yang ada tidaklah dibuang begitu sahaja. Ada manfaatnya yang umum tidak ketahui. :)



Cantik kan gubagahan dari pendemo kita, Kak Esiah yang dibawakan khas oleh SUWARA Entertainment.

Mari kita tengok pula hasil gubahan dari salah seorang peserta yang juga merupakan pengunjung Setapak Central Mall.



Berbakat juga tuan kita ni ya. Hehe. Semoga ilmu yang diberi sama-sama kita manfaatkan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami sama ada ingin kami datang ke lokasi anda memberi tunjuk ajar, bolehlah hubungi no telefon/no whatsapp yang tertera di atas.

Wednesday, July 05, 2017

HIBURAN SANTAI SENIMAN

Assalammu'alaikum WBT.

Penonton yang telah berkunjung ke Hiburan Santai Seniman baru-baru ini telah dihidangkan dengan keunikan muzik angklung dari Zack Osman/Zack Angklung. 

Program ini dikelolakan oleh Zack Kool yang bertempat di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

 
 
 

Alhamdulillah, mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dari para tetamu yang hadir. Persembahan Zack Angklung tidak pernah mengecewakan :)

Tuesday, July 04, 2017

KUMPULAN ANGKLUNG KOIR PERKEP

Assalammu'alaikum WBT.

Coach Zack Osman telah diundang untuk mengajar dan mengetuai kumpulan angklung koir PERKEP sempena majlis yang diadakan di Rumah PERKEP Bukit Aman baru-baru ini.

 
 
 
Semasa sesi latihan di Rumah PERKEP

 
 
 
Ahli-ahli Kumpulan Angklung Koir PERKEP semasa majlis

Sekalung penghargaan buat PERKEP kerana sudi menggunakan perkhidmatan mengajar dari kami. 

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.