Posts

SELAMAT TAHUN BARU 2022

Image
 Assalammu'alaikum WBT. Masih belum terlewat untuk kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2022. Tahun 2021 telah menyaksikan pelbagai pahit jerih kehidupan akibat pandemik, suka duka silih berganti hingga mengakibatkan kita terpaksa duduk di rumah sahaja. Tidak boleh bekerja, tidak boleh keluar dari rumah, tidak boleh ke sana ke sini seperti selalu. Segalanya menjadi terbatas. Kami juga terkesan dengan pandemik ini, segala persembahan sepanjang Mac hingga Disember 2021 terpaksa dibatalkan. Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan dalam industri ini. Kami juga telah melakukan indoor busking di sekitar Selangor bagi meneruskan minat perjuangan di medan ini. Semoga segala pengorbanan kita di tahun 2021 membuka ruang dan peluang pada tahun ini. Semoga dipermudahkan segalanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin... New hopes. New starts. New wishes. New journey. Goodbye 2021, Welcome 2022