BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Sunday, August 26, 2012

Salam Aidilfitri daripada Kami!


Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai manusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.

Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.


Salam Aidilfitri ikhlas daripada kami,
Suria, Zack, Athirah, Ayish
for SuWaRa Entertainment

Friday, August 17, 2012

Bersiaran di Nasi Lemak Kopi O, TV9

Assalammu'alaikum WBT...

Saksikan persembahan angklung solo dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9. Untuk raya pertama hingga ketiga, NLKO akan menggunakan "Ketupat Rendang Kopi O" sempena kedatangan Syawal yg mulia ini. Maklumat persembahan adalah seperti berikut:


Tarikh : 20 Ogos 2012 (Hari Raya Kedua)
Masa : 8 pagi hingga 10 pagi
"Ketupat Rendang Kopi O, TV9"
Program sempena Hari Raya Aidilfitri 2012


Jangan lupa saksikan ya!

Tuesday, August 07, 2012

Persembahan pada Minggu Ini...

Assalammu'alaikum WBT...

Berikut adalah senarai persembahan yang akan diadakan pada minggu ini (minggu ke-3 bulan Ramadhan 1433H) bersempena Promosi Aidilfitri yang akan diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Bagi yang mempunyai kelapangan, bersama-samalah kita memeriahkan suasana sambil membeli-belah barangan raya. 


PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO

Tarikh : 7 Ogos 2012 (Selasa)
Masa : 6.30 pm hingga 7.00 pm
Tempat : The Curve, Mutiara Damansara

Tarikh : 8 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 4.30 pm hingga 8.30 pm
Tempat : Hotel Intercontinental (Hotel Nikko), Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Tarikh : 11 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa : 2.00 pm hingga 2.30 pm
Tempat : Plaza Shah Alam, Seksyen 9, Shah Alam



PERSEMBAHAN ANGKLUNG BERKUMPULAN

Tarikh : 12 Ogos 2012 (Ahad)
Masa : 4 pm hingga 4.30 pm
Tempat : One Utama, Damansara

Jumpa anda di sana!
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.