BORANG PERTANYAAN / TEMPAHAN

NAMA:
ALAMAT RUMAH / PEJABAT:
ALAMAT E-MEL:
NO. TELEFON (H/P):
NO. WHATSAPP:
TARIKH MAJLIS:
WAKTU / MASA MAJLIS (AM/PM) :
LOKASI MAJLIS:
PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN:
TEMPOH BAYARAN TEMPAHAN:
PEMBAYARAN TEMPAHAN MELALUI:
PERTANYAAN / TEMPAHAN:

1. Sila pastikan no telefon untuk dihubungi dan alamat e-mel anda TEPAT sebelum submit tempahan/pertanyaan untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.

2. Sila tunggu response dari SuWaRa Entertainment dalam masa 24/48 jam selepas penghantaran borang pertanyaan/tempahan.

3. Terima kasih kerana menyokong seni muzik budaya warisan negara dari SuWaRa Entertainment.


Create a web form here

MISI

Mendidik rakyat ke arah memartabatkan seni budaya dan seni kontemporari negara dengan nilai-nilai positif.

VISI

Seni budaya dan seni kontemporari Malaysia menjadi aset yang sangat bernilai tinggi dan terus bertahan sebagai hiburan yang positif di sepanjang zaman.

SUWARA ENTERTAINMENT

Nama SuWaRa tercipta hasil dari gabungan 3 singkatan perkataan yang membentuk sebuah ayat iaitu 'SUara WArisan RAkyat' yang mana ianya secara langsung menjadi “tagline” bagi syarikat kami. SuWaRa Entertainment telah didaftarkan pada tahun 2012 namun telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 lagi.

Persembahan-persembahan ini sesuai untuk dimainkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, majlis perasmian, majlis makan malam, persembahan sempena hari perayaan di pusat membeli-belah dan sebagainya.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan, boleh hubungi kami melalui CALL/SMS/WHATSAPP:

SURIA 014-2379783
ZACK 010-2794213

E-mel : suwaraentertainment@yahoo.com

Mohon juga untuk mengisi borang pertanyaan dan tempahan seperti di atas untuk memudahkan kami menghubungi anda semula bagi perbincangan lanjut.

Terima kasih.

Friday, February 24, 2017

PERKHIDMATAN PERSEMBAHAN KOMPANG SUWARA

Assalammu'alaikum WBT.

Bagi pasangan pengantin atau keluarga pengantin yang masih tercari-cari persembahan kompang bagi mengiringi pengantin dari luar dewan hingga ke arch atau ke pelamin. Kami akan memberikan persembahan based on permintaan pelanggan dan mengikut kesesuaian majlis.

Untuk makluman juga, kumpulan kompang kami akan berbusana lengkap beserta tanjak, sampin dan kain selempang.


Persembahan kompang ini bukanlah hanya untuk majlis perkahwinan sahaja, persembahan ini juga sesuai untuk majlis perasmian, mengiringi VIP/VVIP, majlis berkhatan dan sebagainya.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi kami melalui WhatsApp:
SURIA 0142379783
ZACK 0102794213

Wednesday, February 08, 2017

PERSEMBAHAN DI MAJLIS MAKAN MALAM FAA "THE SOUL OF NUSANTARA"

Assalammu'alaikum WBT.


Untuk makluman, kami sedang giat membuat promosi Kumpulan Gabungan Tradisi atau lebih dikenali dengan nama GABUTRA. Persembahan ini sesuai untuk pelbagai jenis majlis tidak kira di mana dan bila.

Baru-baru ini kami telah diundang oleh Finance Accreditation Agency (FAA) untuk mengadakan persembahan tarian kebudayaan dan kumpulan Gabungan Tradisi (Gabutra) sempena majlis makan malam FAA bertemakan "The Soul of Nusantara".


Antara persembahan tarian yang telah dipilih oleh mereka yang mana bersesuaian dengan tema "The Soul of Nusantara" adalah:
1. Tarian Jawa - Kecak dan Asmaradana
2. Tarian Etnik Borneo
3. Tarian Citrasari 
4. Tarian Thai - Loy Krathong
5. Tarian Dikir Puteri

Lihat saja pemilihan kostum dari penari-penari kami, sangat menarik kan. Bersesuaianlah dengan tema "The Soul of Nusantara", ianya memberi gambaran betapa uniknya tarian tradisional dari negara-negara Asia.

Selain daripada itu, tetamu yang baru hadir turut dihiburkan dengan alunan gemersik dari Kumpulan Gabungan Tradisi atau lebih dikenali sebagai Gabutra. Ianya adalah gabungan persembahan dari pelbagai instrumen terutamanya alat musik angklung, flute, gitar akustik dan percussion/kahoon.

 

Entri akan datang, kami akan update video-video persembahan tarian dan Gabutra. Stay tuned :)
PLEASE TAKE NOTE! All photos copyrighted to SUWARA ENTERTAINMENT. Unless expressed permission has been granted by Miss Suria/Mr Zack, you may NOT COPY any images from this site. Using images from this site without permission is prohibited.

PENGALAMAN

* Telah berkecimpung dalam industri seni muzik selama hampir 10 tahun.

* Pernah terlibat dalam Promosi Pelancongan anjuran Tourism Malaysia di Dubai pada tahun 2008.

* Telah melibatkan diri dalam persembahan kebudayaan angklung anjuran Tourism Malaysia di Thailand International Travel Fair 2012, Bangkok, Thailand.

* Telah mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan mengiringi MonoloQue ft Atilia utk lagu Kekanda Adinda dalam Anugerah Juara Lagu 2012.

* Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di majlis keramaian, majlis perkahwinan, promosi produk, musim perayaan, majlis makan malam dsb di serata tanah air anjuran agensi/jabatan kerajaan, swasta, sekolah, dan badan-badan bukan kerajaan serta orang perseorangan sepanjang tempoh penglibatan dalam industri seni muzik.

* Mendapat jemputan untuk mengajar angklung di sekolah-sekolah, agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan di serata tanah air.

*Sering mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di dalam program/slot TV1, TV2, TV3, TV9 dan Astro Awani sepanjang tempoh penglibatan.